Sunday 17 June 2012

Isra' Mikraj 27 Rejab 1433H


Hari ni hari ahad. Macam biasa hari ni hari bekerja bagi rakyat Terengganu. Disebabkan saya belajar di Terengganu, maka saya pun kira bekerja jugaklah hari ni (haruslah merajinkan diri pergi campus kann... =P). Special kan?

Tapi lagi special sebab hari ni jugak hari Isra' Mikraj, iaitu jatuh pada 27 Rejab bagi tiap2 tahun Hijrah.

copied from iluvislam.com

Korang puasa dak hari ni? Puasa?? Alhamdulillah...Banyak ganjarannya.... =)

Bila nak masuk penghujung bulan Rejab ni, maka saya dengan gigihnya telah mengira berapa hari lagi nak sambut bulan Ramadhan.

Alhamdulillah, tahun ni saya ternanti-nanti bulan yang penuh barokah ini, tidak seperti tahun2 sebelum ini. Excitednya lain macam. Saya pun tak tahu kenapa. Dan saya bersyukur pada Allah atas kurniaan rasa ini.

Lepas jenuh pikiaq, baru terdetik di hati mungkin ini petanda saya lebih menjadi lebih matang. Saya berazam untuk tidak mensia-siakan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi (lagi 33 hari kalau tidak silap kiraan saya). Justeru itu, saya juga ingin menyeru rakan2 sekalian supaya kita sama2 melipatgandakan amalan2 kita dan bersedia dari sekarang, dari saat ini! Dari saat saya menoktahkan ayat ini!.

Jadi, kat bawah ni ada something saya nak share dengan kalian semua berkaitan 10 tips untuk kita warming up menuju Ramadhan. Tips yang sangat bagus untuk kita amalkan. Selamat mencuba! Saya sudah buat sikit2, anda bagaimana? ^^

Copied from langitilahi.com
.........................................................................................................................................

  Semalam (16 Jun) adalah World Sea Turtle Day Celebration. UMT dan WWF ada buat sambutan di Bazaar Warisan (in front of Pasar Payang). Korang tau tak, saya berjaya menang 1 t-shirt dari SEATRU (Sea Turtle Research Unit) sebab dapat jawab dengan betul soalan kuiz. T-shirt tu sangat chomell dan saya dah selamat pakai buat tidur semalam.

Thanx SEATRU dan WWF sebab bagi saya hadiah dan merasakan diri saya sangat bertuah ^^

Saya jugak sempat buat lukisan kat tangan dengan gambar penyu...thanx pada si pelukis!

LOVE Penyu!! <3 <3 <3

Face painting activities (sebab rasa macam geli bila muka
kena brush, jadi saya decided buat hand painting je =P)

Dr. Harlina Halizah Sraj tengah bagi ceramah.
This is the 1st time i have meet her live in front of my eyes =)

No comments:

Post a Comment