Sunday 2 September 2012

Kenangan Ramadhan & Syawal 1433H

Ramadhan telah berlalu dan Syawal hampir tiba ke penghujungnya 2 minggu lagi. Ramadhan kali ini diisi dengan aktiviti2 sama seperti tahun2 lepas. Cuma ada sedikit insiden berlaku di akhir2 Ramadhan dan masih menghantui diri.

Saya, mak dan seorang adik perempuan telah mengalami kemalangan jalan raya pada 26 Ramadhan yang lalu iaitu pada hari Rabu, 16 Ogos 2012. Syukur Alhamdulillah, Allah panjangkan umur kami bertiga untuk terus merasai nikmat hidup di dunia ini dan terus menjadi hambaNya yang bertaqwa. Kami hanya mengalami cedera ringan sahaja.

Maka, sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi family kami pada tahun ini adalah sederhana sahaja jika dibandingkan dengan tahun2 lepas kerana kami masih lagi trauma dengan apa yang berlaku. Persiapan raya juga terpaksa dilakukan disaat2 akhir. 

So, everyone out there, please drive careful and remember who loves you. Ingatlah MATI itu PASTI. Hatta di mana kalian berada malaikat Izrail pasti datang mencabut nyawa tidak kira dimana kita berada termasuklah di dalam lubang cacing (hiperbola tahap petala ke-8).













**Menangis air mata darah sekalipun, takkan dapat ganti keta mak yang teruk ni jadi macam asal. Tapi ingat....harta benda boleh diganti, tapi NYAWA tiada galang ganti.

No comments:

Post a Comment